suria

Pemuda ragut nyawa bapa! Anak penagih ubat anjing gila sangka main ‘game fighting’, tetak mangsa 30 kali

Bermain gajet terlalu lama memberi impak negatif. - Gambar hiasan

SEORANG wanga emas maut selepas ditetak dan ditikam sebanyak 30 kali dengan parang oleh anak lelakinya sendiri.

Mangsa berusia 79 tahun itu diserang suspek berusia 22 tahun yang berada dalam pengaruh dadah jenis syabu dan seledryl, juga dikenali sebagai ubat anjing gila.

Polis memaklumkan pada malam kejadian 27 Januari lalu itu, suspek mengambil 24 biji syabu dan seledryl.

"Suspek sedang bermain gajet dan berhalusinasi melihat seseorang dengan pisau mengajaknya untuk bergaduh.

"Sambil berhalusinasi, suspek mengambil parang di dinding dapur dan keluar dari rumah untuk mencari orang yang mencabarnya," kata Ketua Perhubungan Awam Polis Katingan, Brigadier Polis Adi Rahim.

Kejadian berlaku di Desa Samba Katung, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Ketika keluar dari rumah, suspek tidak menemui sesiapa tetapi bapanya yang terjaga dari tidur bangun dan keluar dari bilik.

"Melihat bapanya, suspek membayangkan itu adalah orang yang mencabarnya bergaduh. Terus dia menyerang dan menghayun parang yang dipegangnya ke arah bapanya,” jelas Rahim.

Mangsa terkejut dan berlari mengelak di segenap penjuru rumah, namun suspek yang berada di luar kawalan terus mengejar dan menyerangnya.

"Mangsa rebah di hadapan bilik, serta-merta suspek menyerang semula menggunakan parang sehingga mangsa tidak berdaya dan maut di tempat kejadian.

"Suspek juga cuba menetak abangnya, namun sempat mengelak. Abang suspek kemudian segera melaporkan kejadian berkenaan kepada polis," kata Rahim.

Rahim menengaskan suspek yang ditahan boleh dikenakan hukuman maksimum 15 tahun penjara atas kesalahan berkenaan.-Agensi

Artikel Lain