SEORANG wanita berusia 25 tahun mengaku bersalah atas kesalahan menghantar video dirinya melepaskan kentut kepada bekas teman wanita lelakinya pada Rabu.
Pendakwa kes berkenaan memaklumkan kepada mahmamah bahawa wanita berkenaan meletakkan kamera di bawah punggungnya, melepaskan angin dan kemudian memandang kamera sambil tersenyum.
"Rhiannon Evans melepaskan angin sambil wajahnya tersenyum di kamera," kata pendakwa bagi kes di United Kingdom (UK) itu.
Mangsa, Deborah Prytherch mendakwa video-video itu membuatkan dia merasa tidak selamat di rumahnya sendiri.
"Ia benar-benar berniat jahat," kata Prytherch di mahkamah, sambil menambah bahawa Evans mungkin menganggap perbuatan itu lucu, tetapi ia sangat mengganggunya.
Dalam keputusan mahkamah, Evans dikenakan beberapa hukuman, termasuk menghadiri 15 sesi pemulihan dan menjalani pemantauan penghindaran alkohol selama 60 hari.
Selain, perintah penghadangan selama dua tahun dikeluarkan yang menghalangnya daripada terus mengganggu mangsa.
Kes itu menjadi Cyber-Farting pertama di negara berkenaan.
Hakim juga mengeluarkan arahan yang jelas bahawa Evans tidak dibenarkan mengganggu mangsa dengan cara apa pun.
Evans menghantar tiga video pada 22 Disember dan empat lagi dalam beberapa hari berikutnya, termasuk pada Boxing Day dan Tahun Baru.
Dia menjelaskan bahawa dia membuat video-video itu kerana dia merasa teman lelakinya diperlakukan tidak adil.
Membela Evans, Harriet Gorst berkata terdapat isu antara pasangan Miss Evans dan bekasnya, Ms Prytherch, mengenai hak penjagaan anak.
Gorst menambah Miss Evans telah minum alkohol ketika dia menghantar video-video tersebut.
"Dia tidak berniat untuk menyebabkan kesulitan dan kini faham akan bahaya yang ditimbulkan," katanya.
Evans memberitahu media bahawa hukuman tersebut adalah terlalu berat.
"Saya tak pernah sangka melepaskan angin boleh membawa saya ke mahkamah. Saya rasa hukuman ini agak berlebihan dan dramatik.
"Kita hidup dalam generasi yang terlalu sensitif. Saya hantar mesej melalui WhatsApp. Saya memang menyesal, tetapi saya tak sangka akan berada di sini untuk perkara seperti ini.
"Ini perkara remeh. Saya telah belajar dari kesilapan," katanya.-Agensi