SEORANG lelaki mabuk bertindak mencuri sebuah bas dari terminal pada tengah malam sehingga dia pengsan selepas memandu lebih 10 kilometer (km) pada Rabu.
Menurut polis, lelaki berusia 33 tahun itu mencuri kerana ingin membals dendam selepas dia bergaduh dengan konduktor bas sehari sebelum kejadian.
“Bas itu tidak memerlukan kunci kerana ia hanya menggunakan butang pemula, memudahkan suspek untuk mencurinya.
"Oleh kerana kejadian berlaku lewat malam, tiada sesiapa di dalam terminal.
"Semasa memandu dengan laju di sepanjang jalan, dia melanggar sebuah lori dan pemandu lori itulah yang memaklumkan kepada pihak kami," kata polis.
Kejadian berlaku di Thiruvanmiyur, India.
Apabila polis menjejaki bas tersebut hingga ke Akkarai, kenderaan itu sedang diparkir di tepi jalan dan suspek yang dikenali sebagai Abraham pengsan di tempat pemandu.
Abraham mengaku mencuri bas itu atas sebab balas dendam, kerana dia bergaduh dengan konduktor bas semasa dalam perjalanan ke Guduvanchery pada hari sebelumnya.
Abraham telah ditahan oleh polis Thiruvanmiyur sebelum direman..-Agensi