SEORANG pelajar berusia 16 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala selepas terlibat dalam pergaduhan dengan beberapa pelajar lain di sebuah pusat tuisyen.
Menurut polis, pergaduhan yang berlaku pada petang Khamis lalu melibatkan sekitar 15 pelajar dari dua sekolah tempatan.
Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham semasa majlis perpisahan di pusat tuisyen berkenaan.
Pada mulanya, mangsa tidak kelihatan mengalami kecederaan serius dan dibawa ke Hospital Thamarassery Taluk, Kerala, India.
Bagaimanapun keadaan mangsa bertambah buruk dan dia kemudiannya dipindahkan ke Hospital Kolej Perubatan Kozhikode.
Mangsa yang koma bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pagi Sabtu.
Lima pelajar telah ditahan berhubung kejadian tersebut dan bakal menghadapi tuduhan membunuh. -Agensi