SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun bertarung nyawa selepas mengalami serangan fizikal yang mengerikan, termasuk rogol.
Mangsa yang menetap di Gwalior, Madhya Pradesh, India itu dimasukkan ke hospital dengan beberapa luka dan kecederaan pada badan.
Dia juga terpaksa menjalani pembedahan besar dan menerima 28 jahitan pada kemaluannya.
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, yang tinggal di kawasan kejiranan itu telah ditahan atas jenayah berkenaan.
Menurut polis, budak lelaki itu membawa mangsa ke sebuah bangunan terbiar pada 22 Februari lalu sebelum dia melakukan serangan berkenaan.
Malah, budak lelaki itu juga cuba membunuh mangsa dengan menghantukkan kepalanya ke tanah berulang kali.
Keluarga gadis itu menggesa agar tertuduh dikenakan hukuman keras atas tindakan keji yang dilakukannya. - Agensi