suria

Wanita dakwa terserempak bigfoot, lari ketakutan lihat makhluk seperti lelaki iras kera

Hatswell dakwa pernah terserempak dengan bigfoot pada tahun 80-an.

TIDAK semua orang percaya akan kewujudan bigfoot, namun seorang wanita mendakwa dia pernah melihat makhluk itu ketika zaman remajanya.

Pengalaman itu bukan sahaja mengubah hidupnya malah turut mendorong dia untuk menyiasat lebih lanjut tentang misteri ini.

Pada 1982, Deborah Hatswell, ketika itu berusia 15 tahun, bersama seorang rakannya ponteng sekolah untuk menikmati cuaca cerah di Buille Park, Salford. 

Namun, hari santai mereka bertukar menjadi detik menakutkan apabila 'sesuatu' muncul di sebalik semak. 

Hatswell menggambarkan makhluk itu sangat menakutkan sebelum mereka berdua melarikan diri.

Menurut Hatswell, makhluk itu berbulu lebat, memiliki rahang tebal dan wajah yang kelihatan seperti gabungan lelaki berotot dan seekor kera. 

Pengalaman itu memberi kesan mendalam kepadanya sehingga dia memerlukan kaunseling untuk memahami apa yang telah dilihatnya.

Beberapa tahun kemudian, dia mula mencari individu lain yang mengalami kejadian serupa dan menemui komuniti yang percaya akan kewujudan bigfoot. 

Hatswell juga mendapatkan bantuan seorang pegawai polis untuk melukis wajah makhluk yang dilihatnya. 

Kini, dia mengendalikan saluran YouTube, BBR Investigations, untuk membantu mereka yang mengalami kejadian serupa berkongsi kisah mereka. - Agensi.

Artikel Lain