suria

Mayat wanita berusia 22 tahun disumbat dalam beg pakaian… Bagasi ditinggalkan di stesen bas

Mayat mangsa disumbat dalam bagasi dan ditemukan seorang pejalan kaki. -Foto Indiatoday

SEORANG pejalan kaki terkejut apabila menemukan sebuah bagasi yang berisi mayat seorang wanita, ketika sedang berjalan di sebuah stesen bas, pada Sabtu.

Dia segera melaporkan penemuan tersebut kepada pihak berkuasa.

Polis serta pasukan forensik yang tiba di tempat kejadian, iaitu berhampiran stesen bas di Sampla, Haryana, India melakukan siasatan dan menemukan mayat mangsa dalam keadaan leher yang dijerut menggunakan sehelai selendang.

Hasil siasatan mendapati mangsa yang berusia 22 tahun, merupakan seorang pekerja kongres yang aktif serta banyak menyertai aktiviti berkaitan sebuah parti politik.  

Polis mengesyaki mangsa meninggal dunia akibat jerutan di lehernya. 

Mayatnya dihantar ke sebuah hospital untuk proses bedah siasat.

Polis berkata tindakan lanjut akan diambil selepas memperoleh keputusan bedah siasat. -Agensi

Artikel Lain

Suami Kiah Propa meninggal dunia