suria

Tangga tersentuh kabel elektrik, empat lelaki maut serentak kena renjatan

Kejadian tragis tersebut dirakam oleh penduduk kampung. -Foto Indiatoday

EMPAT lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik semasa melakukan persiapan bagi meraikan perayaan di sebuah gereja, pada Sabtu.

Menurut polis, ketika kejadian, keempat-empat mangsa sedang sibuk menghias pedati di Gereja Enayam Puthenthurai St Antony, Tamil Nadu.

Ketika sedang mengusung tangga yang diperbuat daripada logam, tanpa sengaja ia tersentuh dengan kabel elektrik.

Keadaan jalan yang basah tanpa diduga menyebabkan   keempat-empat mangsa terkena renjatan elektrik dalam masa beberapa saat.

Kejadian dirakam oleh penduduk kampung yang datang menyaksikan persiapan di gereja berkenaan.

Video menunjukkan percikan api tercetus apabila tangga tersentuh kabel dan keempat-empat mangsa rebah menyebabkan suasana bertukar menjadi panik. 

Kesemua mayat dibawa ke Hospital Kerajaan Kulitharai dan Hospital Kerajaan Asaripallam untuk bedah siasat.

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut. -Agensi

Artikel Lain