SEORANG pelajar perempuan berusia 17 tahun meninggal dunia dipercayai membunuh diri di rumahnya, pada awal pagi Jumaat.
Menurut polis, dalam kejadian sekitar pukul 1 pagi itu, mangsa menggantung diri di kipas siling di rumahnya yang terletak di Andhra Pradesh, India.
Ketika kejadian, bapa mangsa tiada di rumah kerana menghadiri satu majlis di kampungnya.
Mangsa yang merupakan pelajar tahun dua di Kolej Tuni Sri Chaitanya sebelum itu dilaporkan tidak bersemangat selepas pulang dari menduduki peperiksaan pada Khamis.
Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa turut meninggalkan sekeping nota berhampirannya.
Antara isi kandungan nota tersebut, mangsa mengatakan dia sedang bergelut dengan masalah kesihatan.
Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.
Sekadar peringatan bersama, perbuatan membunuh diri adalah bertentangan dengan ajaran Islam. -Agensi