suria

Lelaki dikerat 27 bahagian... Anggota badan, cebisan mayat dibuang di enam lokasi

Bahagian anggota badan dijumpai di kawasan hutan. Foto PA

MAYAT seorang lelaki ditemukan dalam keadaan mengerikan, apabila badannya dikerat 27 bahagian dan dibuang di enam lokasi berbeza.

Perkara mengejutkan itu diberitahu dalam perbicaraan di mahkamah.

Tertuduh Marcin Majerkiewicz, 42, didakwa mengerat Stuart Everett, 67, kepada 27 bahagian selepas melakukan serangan ke atas mangsa di rumah yang didiami mereka.

Menurut kes mahkamah di Mahkamah Manchester Crown, bahagian anggota badan Everett ditemukan di sekitar Salford dan utara Manchester.

ARTIKEL BERKAITAN: Badan dikerat, anggota tubuh disumbat dalam beg! Mayat 9 pelajar ditinggal di tepi lebuh raya

Majerkiewicz mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh yang menyebabkan kematian Everett pada Mac tahun lalu.

Pendakwa raya Jason Pitter, KC, memaklumkan juri bahawa bahagian bawah anggota badan Everett dan paha ditemukan dibuang di kawasan hutan Kersal Dale di Salford pada 4 April tahun lalu.

Pendakwaan mendakwa tertuduh dikesan mengangkut guni biru gergasi dari Worsley Road ke Chesterfield Close.  Di lokasi itu, sembilan lagi bungkusan bahagian badan ditemui, termasuk jantung, buah pinggang, paru-paru, dan kemaluan Stuart Everett.

Kemudian pada April, satu lagi penemuan dibuat, sejumlah bahagian mayat manusia yang dibungkus. Ia mengandungi tulang, tisu otot dan terdiri daripada 10 bahagian badan yang berbeza. Ini termasuk bahagian leher, yang kelihatan telah dikerat dari badan.

Perbicaraan kes tersebut diteruskan. -Agensi

 

Artikel Lain