suria

Letak ubat pelali dalam makanan, wanita mengaku bunuh suami dengan bantuan kekasih

Polis menahan dua individu selepas seorang lelaki ditemukan maut dalam tong berisi simen. -Gambar hiasan

SEORANG wanita mengaku membunuh suaminya sebelum menyimpan mayat lelaki itu di dalam tong plastik berisi simen.

Semasa soal siasat, Muskan Rastogi mengaku menikam mangsa, Saurabh Rajput yang dikahwini tiga tahun lalu.

Menurut wanita itu lagi, dia membunuh suaminya dengan bantuan kekasihnya yang dikenali sebagai Sahil Shukla.

Pada malam kejadian, Muskan meletakkan ubat pelali ke dalam makanan Saurabh hingga dia tidak sedarkan diri.

Dia kemudiannya memanggil Sahil ke rumah dan menikam dada mangsa dengan pisau pemotong daging.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejam bunuh isteri 3 tahun lalu, siap ziarah 2 minggu sekali! Akhirnya mayat ditemukan dalam tangki kumbahan

Mereka turut mengelar leher dan memotong tangan mangsa

Untuk melupuskan mayat, mereka membeli tong plastik besar, simen dan pasir keesokan harinya.

Mayat lelaki itu disebumbunyikan di rumahnya.

Menurut polis, Saurabh kali terakhir dilihat pada 4 Mac, hari dia dipercayai dibunuh.

Jenayah ini terbongkar selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Polis kemudian menahan Muskan dan Sahil yang membawa mereka ke rumah tempat mayat disembunyikan.

Siasatan lanjut kes yang berlaku di Meerut, Uttar Pradesh, India itu sedang dijalankan. - Agensi.

Artikel Lain