SEORANG lelaki berusia 56 tahun ditahan atas dakwaan serangan seksual ke atas seorang pelajar universiti pada Isnin.
Mangsa merupakan pelajar lelaki yang berusia 22 tahun.
Dalam kejadian antara pukul 2 hingga 3 pagi, suspek, Nobuhide Oka, didakwa meliwat mangsa ketika mereka duduk bersebelahan di dalam bas yang sedang melalui Lebuhraya Tomei, Jepun, lapor TBS News.
Mangsa kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada pemandu bas di Kawasan Parkir Ayuzawa di bandar Yamakita, Wilayah Kanagawa, sebelum laporan dibuat kepada pihak berkuasa.
Oka, seorang pekerja pejabat yang berasal dari Bandar Awaji, Wilayah Hyogo, mengaku bersalah ketika disoal siasat atas tuduhan melakukan hubungan seksual tanpa kerelaan.
Polis kini sedang menyiasat motif suspek serta punca kejadian berlaku. - Agensi.