SEORANG lelaki ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung di bilik sewanya.
Mangsa dikatakan sempat meminta maaf kepada rakan-rakannya sebelum meninggal dunia.
Permohonan maaf itu dibuat menerusi mesej yang dihantar di aplikasi WhatsApp.
Kejadian berlaku di Kebon Kacang, Tanah Abang, Jakarta Pusat di Indonesia, pada Isnin lalu.
Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Kombes Ade Ary Syam Indradi berkata, pada mulanya saksi menerima mesej daripada mangsa sebelum ditunjukkan kepada rakan sekerjanya.
"Berdasarkan keterangan saksi pertama, mangsa sebelum menggantung diri sempat menulis pesanan melalui WhatsApp kepada rakan-rakannya," kata Ade kepada pemberita, pada Rabu.
Ade berkata, selepas menerima mesej itu, saksi terus pergi ke rumah sewa mangsa, namun pintu berkunci.
Bagaimanapun, saksi dapat melihat mangsa dari tingkap, dalam keadaannya menggantung diri dengan seutas tali.
"Saksi cuba menyelamatkan mangsa dengan memotong tali berkenaan, namun mangsa tidak dapat diselamatkan dan sudah meninggal dunia," katanya.
Menurut Ade, berdasarkan keterangan saksi kedua, mangsa memaklumkan mengenai niatnya untuk membunuh diri sambil memohon maaf.
Sebagai peringatan bersama khususnya beragama Islam, perbuatan membunuh diri adalah dilarang dan berdosa besar. -Agensi