suria

Lelaki ditahan tikam isteri hingga maut, serang mentua cuba campur tangan

Pelaku kes jenayah yang menyebabkan kematian akan dikenakan hukuman berat. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditahan kerana disyaki menikam isterinya hingga mati dan mencederakan ibu serta bapa mentuanya, dalam kejadian pada malam Selasa.

Menurut polis, suspek dan isterinya telah lama tinggal berasingan dan punca perpisahan mereka bagaimanapun tidak jelas. 

Pada hari kejadian sekitar pukul 7.00 malam, suspek pergi ke rumah isterinya dan menyerang wanita tersebut dengan menggunakan pisau. 

Mangsa yang berusia 23 tahun maut selepas ditikam beberapa kali di leher. Ibu bapa mangsa yang cuba campur tangan, turut cedera dalam kejadian tersebut.

Kedua-duanya dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Suspek yang melarikan diri dari tempat kejadian bagaimanapun berjaya diberkas polis ketika bersembunyi dalam keretanya berhampiran Kolej Perubatan Kozhikode, Kerala, India. 

Polis kini melancarkan siasatan untuk mengenal pasti motif serangan dan menyiasat sebarang kemungkinan berkaitan sejarah keganasan rumah tangga. -Agensi

 

Artikel Lain