suria

Pemuda dibunuh kejam, leher dikelar! Mayat ditemukan dalam kelas

Mayat mangsa pembunuhan lazimnya akan dilakukan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian. -Gambar hiasan

MAYAT seorang pemuda ditemukan dalam keadaan berlumuran darah percayai dibunuh, di dalam sebuah kelas di tingkat dua sebuah sekolah kerajaan.

Menurut jurucakap polis, mayat pemuda berusia 24 tahun itu ditemui seorang penduduk pada pagi Jumaat dan melaporkan penemuan berkenaan kepada pihak berkuasa.

Tambahnya, mangsa dibunuh dengan kejam, dengan lehernya dipercayai dikelar menggunakan senjata tajam. 

Salah seorang ahli keluarga mangsa mendedahkan bahawa mangsa meninggalkan rumah pada petang Khamis dan kali terakhir mereka berhubung melalui telefon adalah sekitar pukul 9 malam, dan selepas itu telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi.

Bimbang mangsa tidak pulang pada malam itu, keluarganya mula melakukan pencarian di kawasan berhampiran, namun tiada kesan.

Polis memberi jaminan bahawa usaha sedang dijalankan untuk mengenal pasti pelaku pembunuhan tersebut. 

"Kami menyiasat semua sudut dan akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Mayat mangsa sudah dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi membantu siasatan lanjut. -Agensi

 

Artikel Lain