suria

Wanita gigit lidah suami hingga putus, kemudian kelar tangan sendiri

Kes keganasan rumah tangga juga menjadi antara punca penceraian pasangan. -Gambar hiasan

SEORANG wanita didakwa menggigit sebahagian daripada lidah suaminya ketika kedua-duanya bertengkar, dalam kejadian yang berlaku pada Khamis lalu.

Menurut polis, pasangan itu yang sudah berkahwin selama satu tahun setengah, sering bertengkar disebabkan ketidakserasian mereka. 

Pada malam Khamis, pertengkaran pasangan dari Jhalawar, India itu berakhir dengan wanita yang dikenali sebagai Ravina, menggigit lidah suaminya, Kanhayalal, dengan penuh kemarahan.

Keluarga Kanhayalal segera membawanya ke hospital berdekatan selepas kejadian tersebut, namun doktor merujuknya ke Hospital Kolej Perubatan Jhalawar untuk rawatan lanjut. 

Doktor memaklumkan bahawa lidah mangsa boleh dijahit kembali, namun rawatan susulan perlu dilakukan.

Sumber dari keluarga mangsa juga memaklumkan bahawa selepas kejadian itu, Ravina mengurung diri di dalam bilik dan cuba mengelar pergelangan tangannya namun, keluarga berjaya memujuknya untuk keluar dan mendapatkan bantuan.

Sehingga kini, kenyataan daripada mangsa yang sedang dirawat masih belum direkodkan oleh pihak polis.

Kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa. -Agensi

Artikel Lain