SEORANG lelaki berusia 50 tahun didakwa berpura-pura pengsan di atas bumbung sebuah rumah selepas cubaannya memecah masuk kediaman itu diketahui umum.
Susulan itu, penduduk kampung Tukad Ayun di Bali, Indonesia terpaksa melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis bagi menurunkan suspek yang terbaring hampir tiga jam di atas bumbung rumah.
Ketua Polis Denpasar Timur, Pesuruhjaya Polis I Ketut Tomiyasa berkata, suspek bekerja sebagai tukang buruh dipercayai cuba memecah masuk kediaman.
"Dia cuba melarikan diri kerana panik dengan jeritan pemilik rumah kira-kira pukul 11 pagi," ujarnya.
Menurut Ketut, suspek kemudiannya berusaha melarikan diri dengan memanjat pagar serta bumbung rumah.
Namun, tingkah lakunya itu menarik perhatian penduduk setempat sehingga membuatkan dia berpura-pura pengsan di atas bumbung.
Malah, pihak polis terpaksa membawanya turun selepas dia enggan bangun walaupun telah disiram air. - Kompas