SEORANG guru agama lelaki di sebuah pondok ternama ditahan selepas didakwa mencabul remaja berusia 17 tahun.
Kejadian dilaporkan berlaku di Mantingan, Jawa Timur di Indonesia.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Ngawi AKP Joshua Peter Krisnawan berkata, siasatan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada keluarga remaja lelaki itu.
Ujarnya, siasatan lanjut telah dilakukan dengan memanggil beberapa saksi di pusat pengajian itu serta mangsa dan keluarganya.
"Kita juga telah mengambil bukti tangkap layar perbualan telefon bimbit antara suspek dan mangsa.
"Hasil siasatan mendapati mangsa ketika itu berusia 17 tahun dan kejadian berlaku pada tahun 2022," katanya pada 26 Mac.
Menurut Joshua, suspek ditahan dan mungkin dipenjara semaksima 15 tahun jika disabitkan kesalahan. - Detik.com