suria

Rebah dalam bilik air, influencer terkenal dimasukkan ke ICU

influencer masuk ICU, influencer rebah bilik air, influencer tak sedarkan diri

SEORANG pempengaruh berada dalam keadaan kritikal selepas ditemukan tidak sedarkan diri pada Isnin.

Pempengaruh Britain yang dikenali sebagai Ashley Surcombe itu menetap di Seoul, Korea Selatan sejak lima tahun lalu.

Wanita berusia 29 tahun itu kali terakhir berhubung dengan ibu bapanya pada Sabtu.

Dalam perbualan itu, Surcombe memberitahu ibu bapanya dia “berasa tidak sihat” dan kekurangan air dalam badan.

Pempengaruh dengan lebih 400,000 pengikut itu gagal menjawab panggilan telefon keluarganya pada Ahad.

Bimbang akan keadaannya, ibu bapa wanita itu menghubungi pihak berkuasa Korea Selatan untuk meminta bantuan.

Menurut kakaknya, Kat Surcombe, 33, polis berjaya memasuki rumahnya dan menjumpai mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di lantai bilik air. 

Kakaknya yang juga seorang jurutera aeroangkasa menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang sukar dipercayai.  

"Sangat menyedihkan kerana dia adik perempuan saya dan saya hanya mahu dia pulang.

"Kami bimbang kerana baru-baru ini dia tergelincir di bilik air dan terhantuk kepalanya.

"Dia mengalami lebam yang agak teruk di matanya, tetapi itu berlaku beberapa minggu lalu," ujarnya. - Agensi.

Artikel Lain