suria

Terkilan dipanggil nama, guru tampar murid 9 kali sampai bengkak muka

Kekerasan bukanlah cara terbaik untuk mengajar murid. -Gambar hiasan

SEORANG murid lelaki sekolah rendah mengalami bengkak muka, tinnitus (telinga berdesing) dan sakit kepala berterusan akibat ditampar guru matematiknya sebanyak sembilan kali.

Kejadian dilaporkan berlaku di Shandong, China pada 14 Mac lalu.

Menurut ibu bapa mangsa, kejadian berlaku dipercayai berpunca daripada panggilan nama terhadap guru terbabit.

Ujarnya, pada masa itu, mangsa bersama rakan sekelas sedang berehat di taman dan melihat kelibat guru matematik melintas.

Susulan itu, dia memangil nama guru berkenaan yang menyebabkan tenaga pengajar terbabit merasakan diri tidak dihormati. 

Dia kemudiannya menghampiri kumpulan murid tersebut dan menampar muka mangsa meskipun permohonan maaf telah dibuat.

Secara keseluruhan, budak itu ditampar sembilan kali. 

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan disahkan mengalami kecederaan di kepala dan muka.

Laporan polis turut dibuat terhadap guru terbabit.

"Siapa yang memberi awak hak untuk memukul anak saya? Jika dia melakukan sesuatu yang salah, awak boleh hubungi saya. Awak ada nombor telefon saya, kan?" tanya ibu kepada guru terbabit.

Pihak sekolah menggantung Wu daripada jawatan mengajarnya dan menawarkan 5,000 yuan (RM3,051) sebagai pampasan, namun ditolak keluarga. - South China Morning Post

Artikel Lain