suria

Berang tak dibayar gaji, pengembala kerbau bakar rumah majikan

Kebakaran berpunca daripada sandal yang dibakar suspek.

SEORANG pengembala kerbau ditahan selepas didakwa membakar rumah majikannya.

Kebakaran pada 14 Februari itu dipercayai berlaku berikutan suspek yang berusia 45 tahun berasa marah kerana tidak dibayar gaji dan sering dikasari.

Kejadian dilaporkan terjadi di Sumut, Indonesia.

Ketua Polis Tapteng AKBP Wahyu Endrajaya berkata, suspek berjaya ditangkap pada 19 Mac lalu.

"Suspek dipercayai sengaja membakar rumah majikannya.

"Dia mengaku sering dimarahi dan diperlakukan kasar oleh majikannya termasuk tidak dibayar gaji," kata Wahyu pada 28 Mac.

Tambahnya, hasil penelitian rakaman kamera pengawasan juga mendapati rumah mangsa sengaja dibakar.

"Susulan tangkapan dibuat, kita menemukan pakaian yang digunakan suspek semasa insiden berlaku.

"Suspek menyatakan kebakaran dimulakan dengan membakar sandal majikannya sebelum melemparkannya ke arah beberapa barang di hadapan rumah sehingga berlaku kebakaran besar," jelasnya lagi. - Kumparan

 

Artikel Lain