suria

Warga emas jadi korban ilmu hitam ahli keluarga sendiri… Kepala dipenggal, badan dibakar

Mangsa didakwa dibakar sebagai sebahagian ritual ilmu hitam. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 65 tahun maut didakwa akibat dibakar, sebagai sebahagian daripada ritual 'ilmu hitam' di daerah Aurangabad di Bihar, India, kata seorang pegawai polis.

Polis telah menahan empat individu termasuk ahli keluarga mangsa susulan kejadian tersebut.

Semasa disoal siasat, salah seorang suspek mengaku bahawa dia dan yang lain telah menculik dan memenggal kepala mangsa sebagai sebahagian daripada ritual ilmu hitam, sebelum membakar badan mangsa. 

Kejadian terbongkar berikutan penemuan tulang manusia yang dibakar di kawasan kejiranan berkenaan, selain selipar milik mangsa. 

Suspek berkenaan juga mengakui bahawa kumpulannya sebelum ini telah mengorbankan seorang remaja, yang mayatnya dilupuskan di dalam perigi di kawasan yang sama.

Siasatan lanjut masih dijalankan polis susulan insiden ngeri berkenaan. -Agensi

Artikel Lain