SEORANG remaja perempuan parah selepas dikelar oleh bapa kandungnya sendiri dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka, Sabtu lalu.
Menurut polis, mangsa yang merupakan pelajar sekolah menengah mengalami kecederaan pada wajah, leher, perut dan tangan akibat dikelar menggunakan pisau.
Kejadian dilaporkan berlaku di Desa Kutawuluh, Banjarnegara.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Banjarnegara, AKP Sugeng Tugino berkata, suspek yang berusia 37 tahun sudah ditahan untuk siasatan lanjut.
Ujarnya, polis akan mengadakan sidang media dalam waktu terdekat bagi mendedahkan butiran lanjut mengenai kejadian tersebut, termasuk motif perbuatan suspek.
Difahamkan, mangsa yang ditempatkan di unit rawatan rapi di Hospital Hj Anna Lasmanah Banjarnegara kini berada dalam keadaan stabil.
Terdahulu, video memaparkan mangsa yang berlumuran darah selepas dikelar tular di platform WhatsApp. -Agensi