BAGI sesetengah orang, berbuka dengan juadah berkuah lebih menyelerakan, terutama yang berperisa masam-masam manis. Teringat pula dengan juadah ringkas dari utara tanah air yang mudah dan cepat disiapkan. Bagi yang ingin mencuba, resipinya seperti berikut: Bahan: ikan kembung/pari cili kisar asam keping daun kesum bunga kantan kepingan nenas 3 ulas bawang merah ditumbuk 2 ulas bawang putih ditumbuk Air secukupnya Garam dan gula Caranya: Masukkan cili kisar, bawang merah dan bawang putih dalam periuk diisi air. Biar mendidih dan masukkan asam keping, nenas, bunga kantan dan daun kesum sebelum perisakan dengan garam dan gula sebelum masukkan ikan.