AYAM, daging dan ikan bakar atau panggang adalah masakan yang digemari rakyat Malaysia, malahan sering disediakan pada waktu malam. Namun di bulan Ramadan, juadah ini boleh dikatakan senang diperoleh di bazar Ramadan, tetapi tidak salah jika kita mencuba sendiri resipi ini kerana hasilnya memang berbaloi. Ayam Bakar/Panggang Bahan: 1 Ekor ayam - dipotong dan dibersihkan. Bahan A (Dikisar) 3-4 biji bawang besar 4-5 ulas bawang putih Halia Sebesar ibu jari 3 batang serai 2 ketul lengkuas sebesar ibu jari 1 kuntum bunga kantan 10 helai daun kesom 10 batang lada kering 4 helai daun limau purut Kunyit hidup sebesar ibu jari 2 sudu ketumbar 1 sudu jintan sedikit belacan Bahan 'A' perlu dikisar dan masukkan tiga sudu minyak masak ketika mengisar. Bahan 'B' 1 senduk sos cili Garam secukup rasa Gula secukup rasa Bahan 'C' Daun pisang atau aluminium foil Cara: Bahan kisar dimasukkan ke kuali, kemudian panaskan dengan sedikit minyak. Masukkan ayam dan biar hingga agak kering. Masukkan sos cili. Ambil daun pisang atau aluminium foil dan masukkan ayam tadi dan balut sebelum dipanggang atas kuali tidak melekat. Tutup kuali dan masak dengan api kecil antara 15 hingga 25 minit.