Penyediaannya bermula dengan ubi kayu disagat dan dikeringkan sebelum dijadikan tepung. Berikut adalah resipi warisan yang disediakan Rivestone Eco Resort.
Tiwol Kang Abu
Bahan:
1 mangkuk tepung tiwol
1/4 cawan air suam
4 sudu gula
1/2 biji sudu kelapa parut – putih sahaja
Sedikit garam
Cara:
Bancuh tepung tiwol bersama gula dan sedikit garam sehingga agak basah kemudian dikukus. Gaulkan dengan kelapa sebelum dihidangkan.