Menu itu antara hidangan wajib apabila balik ke kampung halaman untuk berbuka puasa bersama ibu bapa.
Ditambah pula dengan udang dengan hirisan lengkuas dan kunyit hidup, membangkitkan lagi aroma dan rasanya.
Bahan-bahan:
Udang
Batang keladi
5 cili kering (ikut suka pedas)
5 bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
5 hiris lengkuas
sedikit ketumbar biji
1 asam keping
santan secukupnya
Garam dan gula
Cara menyediakan:
Kisar cili, bawang, kunyit, lengkuas dan rempah ketumbar hingga hancur.
Masak dengan santan hingga menggelegak. Kemudian masukkan batang keladi dan udang.
Kacau rata supaya tak pecah minyak.
Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa.
Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih panas.