Olahan bahan utamanya juga berbeza, mengikut citarasa masing-masing.
Bahan utama yang kerapkali menjadi hidangan ini ialah Nenas. Namun, ada juga resepi pajeri bahan utamanya dari terung, mangga muda, kedondong muda dan rebung muda.
Bahan bahan:
7-8 biji terung - goreng seketika
5 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar rempah kari daging
1 pek santan
Sedikit udang kering - tumbuk kasar
Sedikit kerisik
Garam
Gula
Gula Melaka
Asam keping - boleh juga guna air asam jawa
Cara-cara:
Panaskan minyak dan goreng terung, angkat dan ketepikan. Boleh juga jika terung tak mahu menggoreng terlebih dahulu. Kemudian tumis kulit kayu manis dan bawang bawang hiris sehingga kekuningan.
Masukkan rempah kari daging kering dan dikacau selama 1-2 minit sehingga wangi sebelum dimasukkan sedikit air dan udang kering.
Biarkan rempah garing dan terbit minyak, sebelum dimasukkan santan. Apabila santan mendidih, masukkan kerisik, garam, gula dan gula Melaka serta asam keping. Terus dimasak dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
Masukkan terung dan sesuaikan rasa. Boleh angkat dan sedia untuk dihidangkan.