Selain mudah dan ringkas untuk disediakan, ia juga baik untuk kesihatan anda.
Bahan-bahan:
Daun salad (lushious mixed salad)
Bawang besar (dihiris bulat)
Tomato ceri
Sedikit minyak zaitun
2 sudu makan mayonis
Sedikit garam
Cara-cara:
Sediakan mangkuk besar, masukkan daun salad, tomato ceri, bawang besar. Gaul hingga rata.
Kemudian masukkan minyak zaitun, mayonis dan sedikit garam.
Akhir sekali gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.