Dengan perahan limau nipas dan cili padi pasti terangkat.
Pastikan ikan yang segar digunakan untuk kuah laksa ini bagi menjamin rasa yang memuaskan.
Bahan-bahan:
3 kg ikan mata besar
1 ekor ikan tongkol -Direbus bersama beberapa keping asam gelugor
4 bungkus laksa kering
7 - 10 keping asam gelugor
2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk
4 sudu besar pes udang
2 cekak daun kesum
4 cm keratan lengkuas -diketuk
6 batang serai - diketuk
Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa
Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus):
Cili kering dibuang biji - direbus
3 ulas bawang putih
4 biji bawang besar dipotong empat
Anggaran 6 cm belacan bakar
Bahan hiasan:
Daun pudina
Isi nanas - dihiris
Cili merah - dihiris
Cili padi - dihiris
Timun - dihiris
Daun salad - dihiris
Bunga kantan - dihiris
Bawang besar - dihiris
Telur rebus
Limau nipis atau limau kasturi - dipotong sipi
Penyediaan kuah:
Masukkan air, ikan mata besar, ikan tongkol dan beberapa keping asam gelugor dalam periuk dan rebus hingga masak. Toskan dan sejukkan sebentar. Air rebusan disimpan untuk membuat kuah.
Asingkan isi ikan dengan tulang. 3/4 daripada isi ikan diblender dengan air rebusan sehingga halus, dan 1/4 lagi diramas kasar supaya isi ikan akan terasa bila dimakan. Tulang ikan pula diblender dengan air sehingga halus , kemudian ditapis untuk mendapatkan airnya.
Masukkan dalam periuk kesemua bahan-bahan air rebusan ikan,air tulang ikan, isi ikan, pes kisaran, bunga kantan, daun kesum, serai, lengkuas, kepingan asam gelugor, pes udang, garam, gula dan perisa makanan.
Tambahkan sedikit air sekiranya kuah agak pekat
Masak kuah sehingga mendidih dan rasa asam dan garamnya. Kalau tidak menepati citarasa, tambahkan garam dan asam jika perlu.
Sedia dihidangkan.