Bahan-Bahan:
1 biji belimbing besi
50 ml susu sejat
3 sudu besar sirap
2 sudu besar madu
Air batu
Cara Penyediaan:
1. Masukkan belimbing ke dalam alat perahan jus untuk mendapatkan jus belimbing.
2. Kemudian satukan jus belimbing dengan madu, serta susu sejat. Sebatikan rasa.
3. Tuangkan jus belimbing ke dalam gelas dan masukkan ketulan ais.
4. Tuangkan sirap perlahan-lahan sehingga ia larut di dasar air. Sedia untuk dinikmati.