suria

Iftar Menu Big Apple

MASAKAN kegemaran rakyat Malaysia dan beberapa hidangan tertentu dari New York (Big Apple) disediakan di bufet 'Berbuka bersama Bowery' pada Ramadan.

Antara hidangan yang disediakan untuk berbuka puasa adalah Kari Kepala Ikan Salmon dan Kajun Kaki Kambing Panggang.

Eksekutif Chef Ahmad Farhan Noorzali berkata, kari kepala ikan mereka berbeza dari kari kepala ikan yang di restoran tempatan kerana ikan yang digunakan adalah ikan salmon segar dari Norwegia.

Selain itu, Ketua Chef Tarmizi Baim berkata, kambing panggang adalah makanan utama di banyak bufet Ramadan, namun, versi Bowery menggunakan bahan perapan Mexico.

Masakan itu enak dinikmati bersama nasi Mexico, pico de gallo, chimichurri, salsa verde pudina dan jus kambing.

Makanan utama Bowery Group yang terakhir adalah Gulai Kambing Irish.

Untuk masakan itu, kambing yang dipotong segi empat digoreng panas terlebih dahulu sebelum dimasukkan di dalam gulai kambing dengan sayur berumbi.

Setiap hari, Bowery menawarkan bubur lambuk yang merupakan campuran nasi, kacang, herba dan rempah ratus.

“Bubur yang kami sediakan adalah ala-ala Pantai Timur dan di antara bahan-bahannya adalah kubis daun dan ikan,” Tarmizi berkata.

Selain dari masakan tradisional melayu seperti ulam dengan sambal belacan, cincalok dan budu, terdapat juga hidangan New York seperti St Louis Makaroni dan Pasta Salad Ayam Tarik Manhattan.

Kam heong la la, Ayam goreng berempah, Sosej Ayam Panggang dengan Kentang Lenyek dan Jeruk Kobis, serta Mac dan Cheese dengan Kacang Hijau telah disediakan di bahagian pratonton.

Di bahagian pencuci mulut, selain dari kuih muih tradisional seperti kuih ketayap, terdapat juga pilihan unik seperti Matcha Krim Paf dan Kek Lemon Kaskas.

Krim Brulee Halia adalah pencuci mulut yang mengandungi halia dengan tahap kemanisan yang seimbang.

Tarmizi berkata, pencuci mulut itu akan hadir dengan versi lain seperti krim brulee basil, coklat putih dan serai yang akan disediakan ketika Ramadan.

Dia juga menyarankan pai epal yang kaya dengan krim almond, kastard dan kayu manis dengan isi epal.

Untuk menghilangkan dahaga, terdapat beberapa pilihan minuman tetapi yang paling menarik perhatian adalah Bowery Blend Cooler, minuman segar dengan campuran Teh Earl Grey, teh hijau, bunga raya dan kamomil.

‘Berbuka bersama Bowery’ akan diadakan di Bowery Publika (Solaris Dutamas), Bowery Metro (Menara Hap Seng) serta di Bowery Petit (TTDI) pada harga bufet adalah RM65++ .

Bowery, iftar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain