MEMANDANGKAN Aidilfitri akan menjelang tiba tidak lama lagi, apa kata cuba resipi Belgium Cookies untuk dihidangkan kepada ahli keluarga dan sahabat handai yang datang ke rumah nanti. Biskut ini senang untuk disediakan selain rasanya yang sedap, rangup dan coklatnya cair di dalam mulut. Bahan-bahan: 230 gm butter 80 gm gula kastor 170 gm gula perang 2 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla 420 gm tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat 500 gm coklat cip Cara penyediaan: - Satukan butter, gula kastor dan gula perang. - Kacau guna spatula sahaja. - Masukkan esen vanilla dan telur. - Kacau-kacau sebati, masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat. - Akhir sekali masukkan coklat cip, gaul guna tangan pun boleh. - Susun dalam loyang. Jarak-jarakkan nanti cookies mengembang. - Bakar pada suhu 170° selama 25 @ 30 minit sampai perang (api atas bawah). * Kredit: Zaimah Zakaria