BISKUT Crunchy Almond Bar juga dikenali sebagai biskut Florentine. Ia antara biskut yang paling mudah untuk disediakan. Nama florentine diambil dari nama tepung yang digunakan dalam resipi ini.
Bahan-bahan:
200 gram tepung Bienetta
150 gram badam keping
80 gram kuaci
80 gram biji labu
20 gram bijan hitam
Cara penyediaan:
- Badam dan biji labu di bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 10 minit, kuaci selama 5 minit. Biarkan sejuk.
- Satukan semua bahan dan gaul rata.
- Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celcius. Alas tray dengan baking paper.
- Tuangkan adunan ke dalam tray. Ratakan.
- Bakar selama 10 minit.
*Kredit Zaky Mat Ali MAHN