CONGO Bar adalah sejenis brownies atau dikenali juga dengan blondies. Ia tidak menggunakan koko maupun coklat cair dalam adunan dan agak manis. Terdapat pelbagai resipi yang diolah mengikut kreativiti tetapi terpulang kepada citarasa masing-masing.
Bahan- bahan:
315 gram tepung gandum
250 gram gula perang
150 gram mentega
3 biji telur
2 1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
100 gram coklat cip
100 gram badam keping
100 gram badam hiris
100 gram kacang walnut
Cara penyediaan:
- Ayak tepung, serbuk penaik dan garam (Bahan A)
- Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata mentega melarut. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati. Masukkan esen vanila. Masukkan semua Bahan A.
- Masukkan Coklat Cip, Badam Keping, Badam Hiris dan Kacang Walnut. Gaul sekata. Simpan sedikit Coklat Cip dan Badam Keping untuk ditabur pada bahagian atas Congo Bar.
- Tuangkan adunan kedalam bekas 9 X 9 yang telah dialas dengan ‘baking paper’. Tabur Coklat Cip dan Badam Keping.
- Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 30 minit atau sehingga permukaan atas Congo Bar kuning keemasan.
*Kredit Facebook Zaky Mat Ali