POLIS meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dilaporkan hilang, bernama Sharveen Sathivelu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Sharveen dilaporkan kali terakhir dilihat selepas keluar dari rumahnya di Empire Damansara, Petaling Jaya, pada pukul 6 petang 5 Jun lalu. Menurutnya, satu laporan polis dibuat berhubung kehilangannya pada 20 Julai lalu. Ditanya mengenai jarak masa selepas laporan kehilangannya, Mohamad Fakhrudin berkata, ia berpunca daripada 'isu keluarga'. Dipercayai Sharveen melarikan diri dari rumah dan kelewatan itu disebabkan keluarga berharap dia pulang sendiri. Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja tersebut boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Faizal Ya di talian 011-33556768 bagi membantu siasatan. - The Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI