suria

Majlis hari jadi bertukar tragedi, dewan terbakar akibat pasang mercun dan bunga api

Kebakaran yang berlaku ketika sambutan hair jadi di sebuah dewan terbuka.

SEORANG lelaki berusia 24 ditahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kebakaran yang berlaku di majlis hari jadi di sebuah dewan terbuka di Teluk Intan, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek yang merupakan pemandu lori ditahan di kediamannya di Teluk Intan pada 3 petang Isnin.

"Kejadian berlaku semasa parti hari jadi membabitkan kira-kira 500 tetamu. Penganjur tidak memiliki lesen sah untuk penggunaan bunga api dan mercun," katanya dalam kenyataan, Isnin malam.

Ahmad Adnan memberitahu, siasatan mendapati kebakaran mungkin berpunca daripada percikan bunga api yang ditembak ke arah bumbung dewan.

Sehubungan itu katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki dan bermain mercun atau bunga api tanpa lesen.

Tambah beliau, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pada pagi Selasa untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan.

"Orang ramai diingatkan bahawa adalah satu kesalahan undang-undang yang boleh mendatangkan risiko keselamatan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain