SEORANG remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Lundang, Kota Bharu untuk menghantar pesanan kopi kepada pelanggan pada pukul 8.15 malam Rabu. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Baru, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, polis menerima laporan kehilangan Nik Muhammad Amir Aiman Nik Yusoff yang dibuat keluarganya pada Khamis. Ujarnya, Nik Muhammad Amir Aiman keluar dari rumah dengan memakai seluar jeans biru dan berbaju-T hitam. ARTIKEL BERKAITAN: Remaja autisme lari rumah, keluarga sedar lepas tengok pintu terbuka! Ibu tak tunggu lama, terus lapor polis "Nik Muhammad Amir Aiman berketinggian kira-kira 165 sentimeter, berat sekitar 40 kilogram, berambut pendek dan lurus," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Menurut Mohd Rosdi, usaha mengesan remaja berkenaan sedang giat dijalankan. Beliau turut menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan remaja itu supaya menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Che Habsah Che Hasaan di talian 013-4250565 atau balai polis berhampiran. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube