suria

83,000 VCD Dirampas Oleh Finas

KUALA LUMPUR: Sebanyak 83,000 keping VCD filem Bangladesh dirampas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sekitar kawasan Jalan H.S Lee dan Jalan Silang di sini, Khamis.

Operasi bersepadu selama dua jam itu dijalankan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), Rela dan Finas yang melibatkan 60 anggota dan pegawai bermula 6.30 petang.

Penolong Pengarah Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan Finas Abd Halim Anen berkata VCD dengan pelbagai tajuk filem itu dirampas dari dua premis kerana menjalankan aktiviti pengedaran filem tanpa lesen Finas.

"Sekeping VCD dijual dengan harga RM10 dan mereka akan mendapat hasil yang begitu banyak sehingga RM830,000 sekiranya mereka berjaya menjual VCD itu," katanya kepada pemberita di sini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Waspada Senjata Pembangkang - PM

Artikel Lain