Sebaliknya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menegaskan penyertaannya sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai jihad membela nasib suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Tapi rakyat Kajang tidak berperasaan (anggap sebagai boneka) begitu.
"Dan mereka tahu kalau keadilan itu berlaku, mesti ada pembelaan. Kalau orang Islam melawan kezaliman...itu satu jihad," katanya pada sidang media di bilik gerakan utama PKR di Kampung Sungai Sekamat di sini, Rabu.
PKR sebelum ini menamakan Anwar sebagai calon dalam 'gerakan Kajang' namun terpaksa membatalkan rancangan mereka selepaa Ketua Pembangkang itu disabitkan bersalah dan dihukum penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Mengulas lanjut Wan Azizah berkata, kenyataan Khairy itu dibuat kerana pemimpin muda itu tidak pernah merasai keperitan yang dialami beliau dan keluarganya serta penyokong PKR selepas Anwar digugurkan daripada kerajaan pada 1998.
"Khairy adalah orang elit dan mempunyai keistimewaan. Beliau tidak merasa keperitan dan kesusahan rakyat.
"Sebab itulah beliau tidak merasai perasaan bahawa ada orang yang teruk dan dizalimi," katanya.