Menurut agensi berita Rusia, Interfax, berita itu diperolehi menerusi pegawai-pegawai dari Republik Donestsk.
Sebuah kotak hitam yang terdiri daripada perakam suara kokpit dan data penerbangan digunakan untuk mengenal pasti punca sebenar nahas tersebut.
MH17 hilang dari radar ketika memasuki ruang udara timur Ukraine kira-kira 1415 GMT, sejam selepas pesawat jenis Boeing 777 itu berlepas dari lapangan terbang Schiphol, Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.
Pesawat tersebut membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh, 50 kilometer dari sempadan Ukraine-Rusia.