Jurucakap syarikat berkenaan yang mengesahkan perkara itu berkata, semua kakitangan terbabit dalam perjalanan pulang ke tanah air dan transit di Amsterdam.
"Kami sedih dengan kemalangan tragik ini kerana kehilangan tiga rakan sekerja dan sahabat. Kami menangisi pemergian mereka serta semua pemumpang pesawat MH17," kata jurucakap itu pada Jumaat.
Jurucakap itu menambah, Shell Malaysia akan menghulurkan sokongan kepada keluarga semua kakitangan yang terbabit dalam nahas itu.
Difahamkan, pesawat itu ditembak jatuh pada kedudukan 50 kilometer dari sempadan Ukraine dan Rusia, sekali gus mengakibatkan semua 298 penumpangnya terkorban.
Ketika ini, kawasan kejadian itu dikuasai puak pemisah pro-Rusia.