Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), yang mengeluarkan nasihat itu, berkata SMS berkenaan yang berbunyi 'is this your photo' perlu dipadam kerana pautan yang diberi dalam SMS itu mengandungi Malware.
Malware ialah perisian yang dicipta khusus untuk merosakkan sistem komputer.
"Apabila URL itu diklik, perisian tersebut akan dimuat turun dan satu perisian Photo Grid akan dipasang.
Malware itu juga mempunyai mekanisme yang secara dinamik akan menghantar SMS spam kepada senarai kenalan penerima berdasarkan maklumat yang ada dalam peranti dan kad SIM.
"SMS itu berkemungkinan dimajukan oleh peranti salah seorang kenalan anda yang sudah dijangkiti Malware tersebut," kata SKMM.