suria

Banjir: 12 Sekolah Ditutup Di Sarawak

Antara mangsa banjir yang dipindahkan ke SK St Peter Simpok, Pedawan yang terletak kira-kira 60 kilometer dari Kuching. - foto ZULAZHAR SHEBLEE/THE STAR
KUCHING: Jabatan Pelajaran Negeri mengesahkan beberapa sekolah yang terjejas akibat banjir telah ditutup pada Isnin.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah memberitahu The Star bahawa sekolah yang ditutup itu adalah disebabkan banjir, terputus hubungan atau digunakan sebagai pusat pemindahan.

"Laporan awal kami menunjukkan 12 sekolah. Lebih banyak maklumat mengenainya boleh diketahui pada pukul 11.30 pagi," katanya.

Antara sekolah yang ditutup adalah:

* Bau - SK Suba Buan

* Padawan - SJK Chung Hua Batu Kitang and SK St Mathew Mundai

* Limbang - SK Ukong

* Mukah - SK Kuala Kenyana

* Baram - SK Long Tungan, SK Long Bemang and SK Long Panai

* Serian - SMK Tebakang

* Lawas - SK Luagan

* Daro - SK Bawang Tian dan SK Orang Kaya Sergunim Matu.

 
banjir, Sarawak

Artikel Lain