suria

Bayi Parah Dalam Kemalangan DI LPT Meninggal Dunia

KUANTAN: Bayi perempuan yang cedera parah dalam kemalangan yang mengorbankan ibu bapanya Lebuhraya Pantai Timur (LPT) petang Ahad, meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya. 

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang Supritendan Mohd NoorYusof Ali memberitahu Bernama, bayi berusia sebulan itu, Noor Syamimi Tan Ahmad Yusri Syamil Tan, meninggal dunia pada pukul 11 malam ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Dalam kemalangan kira-kira 2.30 petang di Kilometer 210.6 LPT arah Kuantan -Kuala Lumpur dekat Gambang di sini, bapa bayi itu, Tan Poh Chin @ Ahmad Yusri Syamil Tan Abdullah, 31, dan ibunya, Noor Hasnira Embong, 30, maut di tempat kejadian kerana kecederaan teruk di kepala dan badan.

Kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Saga BLM dinaiki tiga beranak itu hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan dan terhumban ke dalam longkang simen di situ sebelum terbalik.

Kejadian berlaku semasa mangsa sekeluarga yang menetap di Terengganu dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuala Lumpur. 

Kemalangan LPT

Artikel Lain