Fournier adalah kapten yang menerbangkan helikopter Dauphin 2 semasa ia terhempas kira-kira pukul 4.45 petang.
Helikopter tersebut dikendalikan syarikat penerbangan Cempaka Aviation.
Antara yang hadir pada majlis tersebut adalah rakan Fournier temasuk mereka yang berada di Singapura.
Namun petugas media tidak dibenarkan untuk menghadiri majlis tersebut yang berakhir kira-kira pukul 10.30 malam.Penghormatan terakhir buat mendiang Fournier turut akan diadakan pada Khamis bermula pukul 9.30 pagi di tempat yang sama.
Berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat, Fournier meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.