Mesyuarat yang dijadual berlangsung pada Jumaat ialah Mesyuarat Jawatankuasa Wakil Tetap ke ASEAN (CPR) dan mesyuarat Pasukan Petugas Khas Peringkat Tinggi Ke-10 bagi Kumpulan Kerja Integrasi Ekonomi ASEAN pasca 2015.
Pada malamnya, para Pegawai Kanan dan delegasi akan menghadiri majlis makan malam di Malaysian Petroleum Club, Menara Berkembar Petronas, di sini.
Sementara itu Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dijadual mengadakan sidang akhbar mengenai Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26 pada 3.30 petang di KLCC.
Sidang kemuncak tahunan itu yang mengumpulkan bersama kesemua sepuluh pemimpin perkumpulan, berlaku pada tempoh yang penting ketika anggota ASEAN berusaha keras untuk merealisasikan penubuhan Komuniti ASEAN yang telah lama diimpikan, yang bertujuan mengukuh dan mengeratkan lagi penyepaduan serantau.
ASEAN terdiri dari 10 negara, iaitu, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.