suria

PKS Sambut Baik Pemansuhan Yuran Pembaharuan Permit

PETALING JAYA: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) lega dengan keputusan Kabinet memansuhkan yuran pembaharuan permit pekerja asing MyEG.

"Sekarang para majikan boleh tersenyum, terutama mereka yang mengupah ribuan pekerja asing," kata Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa) Jeffrey Foo.

Mengalu-alukan pengumuman terbaru Kabinet, beliau berkata keputusan itu akan mengurangkan beban majikan.

Dalam satu kenyataan, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM), bersama-sama dengan 16 kumpulan lain juga melahirkan rasa puas hati dengan pemansuhan itu.

Sambil menyifatkan sistem pembaharuan dalam talian MyEG  sebagai perkhidmatan "outsourcing" kepada mereka oleh Jabatan Imigresen, kumpulan itu berkata majikan tidak perlu dikenakan bayaran tambahan bagi kos yang ditanggung oleh "operasi backroom".

"Kami gembira apabila kerajaan telah menimbang dan bersetuju dengan rasional kita," kata mereka.

Setiausaha Agung ACCIM Datuk Low Kian Chuan berkata beliau sememangnya menunggu pengumuman rasmi dibuat.

"Ini adalah apa yang kita telah usahakan," katanya, sambil berkata keputusan kerajaan memansuhkan bayaran selepas ia dilaksanakan sebagai "tidak produktif".

"Perniagaan dan kerajaan perlu bekerjasama untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti bagi meningkatkan ekonomi," katanya.

Ketua Biro SME MCA, Datuk Ei Kim Hock menyifatkan perkembangan ini sebagai ssesuatu yang positif, memuji kerajaan kerana mengambil perhatian terhadap keperluan usahawan.

Kim Hock berkata yuran pembaharuan adalah satu bebanan berat untuk PKS.

"Mereka yang ingin memperkenalkan sesuatu yang baharu pada masa akan datang pertama sekali harus mengambil kira beban dan masalah yang dihadapi oleh usahawan," katanya.

Kim Hock berkata walaupun begitu, perkhidmatan dalam talian MyEG adalah "langkah yang baik" yang boleh mempercepatkan proses pembaharuan.

Beliau menggesa kerajaan melaksanakan lebih banyak langkah-langkah yang dapat meningkatkan produktiviti negara dan Keluaran Dalam Negara Kasar.

"Ini akan membantu Malaysia dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi," katanya.

Artikel Lain