suria

Kerajaan Perlis Hulur Sumbangan Aidilfitri RM224,400

KANGAR: Kerajaan Perlis memberi sumbangan  Aidilfitri kepada sebanyak 1,496 penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sena berjumlah RM224,400.

Penerima terdiri dalam kalangan Orang Kurang Upaya, warga emas, ibu tunggal dan peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan setiap orang menerima wang tunai RM150.

Sumbangan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri merangkap Adun Sena, Abd Jamil Saad di perkarangan Masjid Tuanku Syed Putra di sini.

Dalam ucapannya Abd Jamil berkata penerima dipilih oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam DUN Sena tanpa mengira fahaman politik.

Menurutnya sebanyak 161 anak yatim dalam kawasan DUN Sena yang layak akan menerima sumbangan serupa bersama-sama anak-anak yatim dari seluruh negeri di Dewan 2020 di sini, pada 12 Julai depan.-- Bernama

Artikel Lain