BUTTERWORTH: Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Khamis bagi kesalahan mencemarkan masjid dengan melempar cebisan daging khinzir, pada Februari lepas.
Tertuduh didakwa membaling cebisan daging khinzir di depan Masjid Jamek, Jalan Telaga Air dengan niat mengaibkan agama pada 1.30 pagi, 6 Februari lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Lee merayu kepada majistret supaya menjatuhkan hukuman ringan kerana perlu menanggung dua orang anak dan isteri serta mempunyai hutang rumah yang perlu dilangsaikan.